Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lim gesa PSC siasat pengajaran dari pengendalian wabak Covid-19
Diterbitkan:  Oct 13, 2021 12:06 PM
Dikemaskini: 4:14 AM

Ahli Parlimen pembangkang, Lim Kit Siang menggesa Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Kesihatan, Sains, dan Inovasi mengadakan sesi pendengaran awam mengenai pengajaran yang boleh diambil daripada penularan Covid-19 di Malaysia

Lim berkata, jawatankuasa seumpama itu di United Kingdom telah mengeluarkan kenyataan bersama menyatakan yang pengendalian peringkat awal wabak koronavirus di negara itu adalah antara salah satu kegagalan kesihatan terbesar dalam sejarah mereka.

"Sudah tiba masanya untuk mengadakan pendengaran awam mengenai pengajaran yang boleh kita dapati daripada penularan wabak Covid-19 di Malaysia sekiranya kita hendak bersedia untuk apa-apa pandemik yang akan datang yang dijangkakan boleh tiba pada bila-bila masa dan mungkin lebih membawa maut oleh pakar kesihatan.

"Tambahan lagi, mengapa Malaysia terus menjadi salah satu negara dengan prestasi terburuk dalam wabak ini, dengan prestasi yang lebih buruk berbanding dengan Indonesia, sebuah negara yang mempunyai lebih daripada lapan kali jumlah penduduk berbanding negara kita?" kata Lim.

Lim berkata, jumlah kes kematian akibat Covid-19 Indonesia lebih rendah berbanding Malaysia sepanjang minggu lalu.

Katanya lagi, parlimen juga telah meluluskan penambahan jumlah ahli dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen daripada tujuh ke sembilan orang.

Kata Lim, kesemua sepuluh jawatankuasa ini perlu dibentuk sepenuhnya dalam sebelum Dewan Rakyat bersidang semula pada 25 Oktober.

Ini, katanya bagi membolehkan pelbagai jawatankuasa ini menjalankan siasatan berkaitan pandemik Covid-19.

Parlimen UK, kata Lim, setakat ini mempunyai 57 laporan yang berkaitan dengan topik tersebut dan lebih daripada 60 laporan sedang dijalankan.

Laporan-laporan ini antara lain merangkumi isu-isu seperti kesan pandemik Covid-19 di penjara, imigresen, kesan ekonomi gender dan kes penderaan rumah tangga.

"Jawatankuasa pemilihan khas parlimen Malaysia memiliki banyak hal yang perlu dilakukan untuk memainkan peranan penting check-and-balance kepada eksekutif seperti yang dimaksudkan oleh Perlembagaan Malaysia dan memorandum persefahaman (CSR) yang ditandatangani memorandum persefahaman (MOU) yang bersejarah oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan pemimpin Pakatan Harapan pada 13 September,"katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS