Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Covid-19: 103 kematian, jumlah keseluruhan 27,525
Diterbitkan:  Oct 13, 2021 8:26 AM
Dikemaskini: 12:28 AM

Kementerian Kesihatan melaporkan 103 kematian Covid-19 baru semalam (12 Okt), menjadikan jumlah kematian terkumpul adalah sebanyak 27,525.

Daripada jumlah kematian yang dilaporkan semalam, 25.2 peratus atau 26 orang meninggal dunia sebelum mereka mendapat rawatan di hospital.

Sarawak mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu sebanyak 26 orang atau 25.2 peratus daripada kematian yang baru dilaporkan.

Ini diikuti Johor (15), Sabah (13), Selangor (13), Kelantan (11), Perak (9), Pulau Pinang (7), Kedah (6), Negeri Sembilan (1), Perlis (1) dan Kuala Lumpur (1).

Tidak ada kematian baru dilaporkan di Melaka, Pahang, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.

Sembilan puluh daripada 103 kematian yang dilaporkan, atau 87.4 peratus, berlaku dalam tujuh hari lalu.

Kes kematian selebihnya berlaku lebih seminggu yang lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Purata 227 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam 30 hari lalu berbanding purata 93 kes sepanjang tujuh hari lalu, sekali gus menunjukkan penurunan.

Sehingga kini, 1,317 kematian Covid-19 telah dilaporkan pada bulan ini.

Setakat semalam, terdapat 108,997 kes Covid-19 yang masih aktif. Ini adalah pengurangan sebanyak 19.8 peratus daripada 135,946 kes aktif seminggu yang lalu.

Berbanding 30 hari yang lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 54.1 peratus daripada 237,278 kes.

Kementerian Kesihatan tengah malam tadi juga memperincikan kes Covid-19 baru semalam.

Daripada 7,276 kes baru, sebanyak 379 kes dikesan daripada kluster Covid-19 sedia ada.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan mengeluarkan statistik kematian bersama jumlah kes Covid-19 baru pada sebelah petang. Bagaimanapun kaedah ini telah diubah sejak awal September.

Statistik kematian kini dikeluarkan selepas tengah malam bersama maklumat yang lebih terperinci. Malaysiakini melaporkannya pada sebelah pagi keesokannya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS