Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Jika IPCMC ibarat sebiji kelapa, IPCC hanya sabutnya'
Diterbitkan:  Oct 12, 2021 4:44 PM
Dikemaskini: 8:47 AM

Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) bersama kumpulan masyarakat sivil menyuarakan bantahan terhadap Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) di Parlimen hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, mereka membangkitkan yang IPCC - yang menggantikan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019 ketika pentadbiran Perikatan Nasional - adalah lebih lemah berbanding pendahulunya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).

"IPCC mempunyai kuasa yang kurang daripada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).

"IPCC akan menjadi lebih lagi kurang efektif daripada EAIC yang sudah pun sedia lemah. Jika IPCMC yang telah dicadangkan oleh Pesuruhjaya adalah sebiji kelapa, IPCC pula hanya sabutnya sahaja," kata mereka.

Sebagai contoh, mereka berkata pasukan petugas yang ditubuhkan di bawah IPCC mempunyai kuasa yang terhad.

"Tidak seperti EAIC yang memiliki semua kuasa penyiasatan di bawah Kanun Tatacara Jenayah, tidak ada kuasa seperti itu di bawah IPCC," kata mereka dalam satu memorandum.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Mas Ermieyati Samsuddin dan kemudian diberikan kepada wakil Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Antara NGO yang menolak IPCC adalah Amnesty International Malaysia, Article 19, Centre for Independent Journalism (CIJ), Menghapuskan Kematian dan Penderaan Dalam Tahanan (Edict), Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR), Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS