Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lim dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Pemilih Parlimen

PARLIMEN | Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul pelantikan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng sebagai Ahli Jawatankuasa Pemilih untuk tempoh Parlimen Ke-14.

Usul yang dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengikut Peraturan Mesyuarat 76 itu diluluskan dengan suara majoriti ahli Dewan Rakyat.

Usul itu bagi menggantikan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin.

Enam ahli Jawatankuasa Pemilih kini terdiri daripada Lim, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof, Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk), Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson).

Jawatankuasa Pemilih dilantik untuk menjalankan kewajipan-kewajipan yang diperuntukkan oleh Peraturan-peraturan Mesyuarat.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS