Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Kes wang bukti RM25j hilang: Ada kesalahan lain - AGC

Jabatan Peguam Negara (AGC) mendapati wujud kesalahan-kesalahan lain yang memerlukan siasatan lanjut dilakukan oleh agensi penguatkuasaan yang berkaitan dalam kes kehilangan wang AS$6.94 juta, berdasarkan kertas siasatan yang diterima pada 28 Sept lepas daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

AGC dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pihaknya telah mengkaji dan meneliti kertas siasatan berkaitan kes berkenaan.

“Kertas siasatan telah dikembalikan untuk tindakan lanjut," menurut kenyataan itu.

Media sebelum ini turut melaporkan bahagian pendakwaan AGC akan mengkaji dengan teliti dan menyeluruh kertas siasatan yang diterima pada 28 Sept daripada SPRM itu sebelum membuat keputusan sama ada membuat pertuduhan atau mengeluarkan arahan siasatan lanjut.

Pada 23 Sept lepas, Bernama melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil tiga pegawai kanan SPRM yang sebelum ini direman selama enam hari oleh SPRM, dan pemilik wang berkenaan yakni bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Hasanah Abdul Hamid bagi melengkapkan siasatan berhubung kehilangan wang berkenaan.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS