Jaringan Kg Orang Asli Pahang (JKOAP) mencadangkang cukai daripada tambahan 22 cabutan khas tahunan judi nombor ramalan disalurkan kepada masyarakat bukan Islam, khususnya Orang Asli.
Penyelarasnya Shafie Dris berkata demikian ketika mengulas gesaan pemimpin PAS supaya kerajaan mencari pendapatan dengan cara lain.
"Tak perlu batal.
“Cadangan saya agar wang cukai judi tersebut disalurkan ke akaun amanah untuk bukan Islam, seperti untuk membina sekolah dan jalan di kampung Orang Asli di pedalaman,” katanya kepada Malaysiakini.
Katanya, banyak kampung Orang Asli jauh daripada sekolah dan keadaan jalannya pula buruk.
Sebelum ini, pentadbiran persekutuan Pakatan Harapan (PH) mengurangkan jumlah cabutan khas tahunan daripada 22 kepada 11 pada tahun 2019 dan lapan pada tahun 2020.
Namun, pemerintah Perikatan Nasional (PN), yang mengambil alih menaikkan semula kepada 22.
Cabutan khas pertama kali diperkenalkan pada tahun 1999 untuk mengumpulkan dana bagi membantu mangsa virus Nipah.