Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Dosh tunggu laporan bedah siasat kematian pekerja Top Glove
Diterbitkan:  Oct 11, 2021 2:24 PM
Dikemaskini: 6:24 AM

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Dosh) sedang menunggu laporan bedah siasat bagi menentukan punca kematian seorang pekerja di kilang Top Glove minggu lalu.

Bercakap kepada Malaysiakini, Ketua Pengarah Dosh, Zailee Dollah berkata laporan perubatan itu diperlukan agar siasatan lanjut dapat dijalankan.

"Kami masih berusaha untuk menentukan punca kejadian berdasarkan bukti yang kami kumpulkan.

"Pada masa ini, kami belum dapat menentukannya, kami sangat perlukan laporan bedah siasat," kata Zailee ketika dihubungi.

Dia berkata siasatan berkenaan dimulakan pada 5 Oktober dan bukti yang lengkap diperlukan agar Dosh dapat melengkapkan kertas siasatan dan menentukan tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Zailee menjelaskan terdapat peruntukan undang-undang agar majikan melaporkan kematian yang berkaitan dengan kerja.

"Kadang-kadang, ada persepsi daripada majikan bahawa ini (kematian) tidak berkaitan dengan kerja, jadi mereka tak lapor," katanya.

Sehubungan dengan itu, kata Zailee, Dosh perlu melakukan siasatan untuk memastikan sama ada kematian pekerja berkenaan berkaitan dengan kerja atau tidak.

"Sekiranya ia berkaitan dengan kerja, dan mereka tak lapor, maka itu adalah suatu kesalahan. Itulah sebabnya kejadian ini (di Top Glove) tidak dapat dipastikan, dan laporan bedah siasat sangat penting bagi kami, ”katanya.

Zailee tidak mengesahkan sama ada Dosh telah menerima maklumat daripada Top Glove, sebaliknya mengatakan mereka telah menerima maklumat dari pejabat cawangannya di Selangor.

"Walau apa pun, ada baiknya kami menerima maklumat seperti ini, jadi kami boleh jalankan siasatan untuk dapatkan bukti mengenai apa yang sebenarnya berlaku," katanya.

Pengarah Dosh Selangor, Bahrudin Mamat mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa pihaknya telah menghantar pegawai ke kilang berkenaan untuk menjalankan siasatan minggu lalu.

Katanya, kenyataan media akan dikeluarkan dan sedang menunggu lampu hijau daripada Kementerian Sumber Manusia.

Pada 3 Oktober lalu, seorang pekerja warga Nepal didakwa ditemui mati di salah sebuah kilang pengeluar sarung tangan getah di Klang, menurut pakar hak pekerja migran, Andy Hall.

Kematian pekerja itu, Tamang Puspa, adalah kematian ketiga yang direkodkan di kilang Top Glove dalam tempoh tiga bulan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS