Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jangan ketepikan kami - Indira Gandhi
Diterbitkan:  Oct 11, 2021 12:52 PM
Dikemaskini: 4:55 AM

M Indira Gandhi mendesak Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaacob untuk turut menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat kes kehilangan anak perempuannya yang dilarikan bekas suaminya.

Ini susulan pengumuman Ismail bahawa kabinet setuju menubuhkan jawatankuasa dan pasukan khas bagi menyiasat kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, tuduhan yang dibuat oleh bekas peguam negara Tommy Thomas dalam bukunya dan pertikaian mengenai kes Pulau Batu Puteh.

"Indira Gandhi mendesak perdana menteri menubuhkan jawatankuasa khas yang terdiri dari bekas hakim untuk menyiasat ketidakberkesanan polis dalam mencari bekas suaminya dan kembalikan anak perempuannya.

"Adalah tidak munasabah bahawa tiada sebarang perkembangan daripada pihak polis dalam tempoh tujuh tahun lalu sejak perintah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh pada 2014," kata peguam Rajesh Nagarajan dan Sachpreetraj Singh Sohanpal dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 2009, Prasana masih kanak-kanak ketika bapanya Muhammad Riduan Abdullah - sebelum itu dikenali sebagai K Pathmanathan - melarikannya setelah memeluk agama Islam.

Riduan dan Indira menggunakan saluran undang-undang setelah Riduan secara sepihak menukarkan agama Prasana dan dua anak mereka kepada Islam.

Pada tahun 2014, Mahkamah Tinggi di Ipoh mengarahkan polis untuk mengambil Prasana daripada bapanya, manakala pada tahun 2016, Mahkamah Persekutuan memerintahkan Ketua Polis Negara (IGP) untuk menangkap Riduan.

Bagaimanapun, selepas tiga kali pertukaran ketua polis negara sejak 2014, kes itu masih belum dapat diselesaikan dan belum ada sebarang penangkapan dibuat setakat ini.

Lokasi Prasana dan Riduan juga masih tidak diketahui.

"Sangat dikesalkan apabila kes Indira Gandhi dan anak perempuannya Prasana yang diculik tiada kisah penghujungnya.

"Anak perempuan Indira masih belum ditemui. Sudah 12 tahun ibu dan anak ini terpisah,” kata peguam.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS