Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rentas negeri akan diumumkan serentak untuk seluruh negara
Diterbitkan:  Oct 8, 2021 5:40 PM
Dikemaskini: 10:10 AM

Kebenaran rentas negeri yang akan diumumkan tidak lama lagi akan berkuat kuasa serentak di seluruh negara, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

“Tunggu saya akan umumkan. Tetapi dah tak lama dan akan dibuat serentak seluruh negara.

“Dulu kita nak beri kebenaran apabila kadar vaksinasi mencecah 80 peratus, tapi ada lagi negeri yang masih rendah. Kalau buka seluruh negara mungkin beri kesan tidak baik di negeri terbabit.

“Jika kebenaran diberi pada kadar 90 peratus, kita jangka rata-rata negeri telah mencapai peratusan tertinggi vaksinasi,” beliau dipetik sebagai berkata ketika menghadiri majlis Prapelancaran Keluarga Malaysia di Angkasapuri, Kuala Lumpur.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS