Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Usaha wujudkan kesatuan doktor kontrak menjelang akhir tahun

Usaha sedang dijalankan untuk mewujudkan sebuah kesatuan doktor kontrak menjelang akhir tahun ini.

Inisiatif di sebalik usaha berkenaan adalah pergerakan Hartal Doktor Kontrak (HDK) yang menganjurkan mogok umum di seluruh negara pada bulan Julai lalu.

Bercakap kepada Malaysiakini, wakil HDK Dr Mustapha Kamal berkata tujuan kesatuan itu adalah untuk memberi suara kuat kepada doktor kontrak dalam menuntut peningkatan keadaan kerja mereka.

“Dalam jangka pendek, rancangannya adalah untuk menyelesaikan isu kontrak kerana kita berpendapat kalau kita ada satu persatuan atau satu kesatuan, suara kita akan lebih didengar berbanding dengan sebuah NGO,” katanya.

Menurut Dr Mustapha, HDK sedang mengusahakan nama, logo dan perlembagaan untuk kesatuan itu.

"Mungkin sebelum akhir tahun ini, kita berharap dapat menyelesaikan semua ini dan mendaftarkan kesatuan itu," katanya.

Sejauh ini, menurutnya, mereka telah berunding dengan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Kementerian Sumber Manusia mengenai penubuhan kesatuan tersebut.

Mereka terlebih dahulu perlu mengadakan mesyuarat agung tahunan pertama untuk meluluskan usul untuk menubuhkan kesatuan sebelum mendaftarkannya dengan jabatan tersebut.

Pegawai perubatan yang dilantik secara kontrak sebelum ini mendesak kerajaan memberi jaminan pekerjaan dan prospek kerjaya yang lebih baik kepada mereka.

Doktor kontrak junior juga menghadapi risiko kehilangan kerja setelah tamat tempoh lima tahun latihan mereka di hospital kerajaan.

HDK memaklumkan doktor kontrak juga tidak tertakluk untuk menerima faedah seperti yang diperolehi rakan sekerja mereka yang dilantik ke jawatan tetap, termasuk peluang memperkembangkan kerjaya dalam bidang pengkhususan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS