Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
9,751 jangkitan baru, kes harian tertinggi di Selangor
Diterbitkan:  Oct 8, 2021 2:09 PM
Dikemaskini: 1:35 PM

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 9,751 kes baru Covid-19 berbanding 9,890 kes semalam. Kes kumulatif kini berjumlah 2,323,478.

Semenanjung melaporkan 7,705 kes baru atau 79.0 peratus manakala Sabah dan Sarawak mencatat 2,046 kes baru atau 21.0 peratus.

Mengikut perincian data di semenanjung, Lembah Klang mneyumbang kepada 2,154 kes baru atau 28.0 peratus manakala negeri-negeri semenanjung lain menyumbang kepada 5,551 kes baru atau 72.0 peratus.

Selangor merekodkan kes tertinggi hari ini, dengan jumlah 1,796 jangkitan baru. Jumlah ini adalah yang tertinggi dalam 8 hari bagi negeri tersebut.

Ini merupakan pertama kali dalam 16 hari jangkitan baru di Selangor mengatasi Sarawak.

Jumlah pesakit di hospital di Sarawak secara relatif tidak berubah sejak seminggu yang lalu setelah meningkat selama dua bulan berturut-turut.

Kuala Lumpur juga mencatat sedikit peningkatan jangkitan baru - yang tertinggi dalam tempoh 15 hari - walaupun telah menurun daripada paras tertinggi 2,880 pada 28 Julai.

Pesakit di ICU: 792 (715 disahkan; 77 disyaki)
Memerlukan bantuan pernafasan: 386 (302 disahkan; 84 kemungkinan)

Setakat hari ini, jumlah pesakit Covid-19 (termasuk yang disyaki) di unit rawatan rapi (ICU) adalah 12.0 peratus lebih rendah berbanding seminggu yang lalu.

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

  • Selangor - 1,796 (687,966)
  • Sarawak - 1,339 (222,381)
  • Sabah - 705 (204,193)
  • Johor - 864 (203,796)
  • WPKL - 313 (187,864)
  • Kedah - 578 (139,630)
  • Pulau Pinang - 632 (135,800)
  • Kelantan - 1,052 (123,587)
  • Perak - 643 (107,806)
  • Negeri Sembilan - 243 (98,687)
  • Pahang - 551 (69,526)
  • Terengganu - 650 (61,034)
  • Melaka - 244 (60,314)
  • WP Labuan - 2 (9,984)
  • WP Putrajaya - 45 (6,394)
  • Perlis - 94 (4,516)

 Kluster

Kementerian Kesihatan kini memantau 874 kluster aktif, turun 18.2 peratus dari seminggu yang lalu.

Sepuluh kluster baru yang diklasifikasikan hari ini yang terdiri daripada enam kluster tempat kerja (60.0 peratus), dua kluster komuniti (20.0 peratus), satu kluster kumpulan berisiko tinggi (10.0 peratus) dan satu kluster institusi pendidikan tinggi (10.0 peratus).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS