Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Koperal didakwa buat laporan polis palsu terhadap koperal
Diterbitkan:  Oct 8, 2021 1:23 PM
Dikemaskini: 5:24 AM

Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Ipoh hari ini atas pertuduhan membuat laporan palsu pada Ogos lepas.

Tertuduh Koperal S Varathraju Pillai, 39, memohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus.

Varathraju didakwa membuat laporan polis palsu kepada Koperal Aminah Berahim yang merupakan seorang penjawat awam dengan jalan demikian menyebabkan dia menggunakan kuasanya yang sah disisi undang-undang.

Kesalahan itu dilakukan di Balai Polis Pusat di Ipoh pada kira-kira 3.33 petang pada 27 Ogos lepas dan dia didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau dengan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Mohammad Haiqal Asyraf Suhaimi manakala Varathraju diwakili peguam Amrick Singh Sandu.

Amrick memohon jaminan minimum sebanyak RM1,000 atas alasan Varathraju perlu menanggung dua anak berusia 10 dan 13 tahun serta ibunya berusia 61 tahun yang uzur dan menghidap penyakit diabetes selain berpendapatan sebanyak RM2,000 sebulan.

Noor Azreen Liana kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Nov depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS