Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kementerian Kewangan bentang pindaan RUU KWAN
Diterbitkan:  Oct 7, 2021 3:42 PM
Dikemaskini: 7:42 AM

PARLIMEN | Kementerian Kewangan hari ini membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) (Pindaan) 2021 untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur.

Rang undang-undang itu dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan I Mohd Shahar Abdullah bertujuan untuk meminda Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988 (Akta 399).

Pindaan rang undang-undang itu bagi memasukkan bahagian baru iaitu Seksyen 6(c).

Ia bertujuan membenarkan dana KWAN digunakan untuk perolehan vaksin dan apa-apa perbelanjaan berhubung vaksin bagi sesuatu wabak apa-apa penyakit berjangkit seperti dinyatakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Dari segi implikasi kewangan, RUU ini tidak akan melibatkan kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan.

Menurut Mohd Shahar, bacaan kali kedua untuk RUU tersebut akan dibuat pada sesi mesyuarat kali ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS