Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
9,890 jangkitan baru, tiga negeri lebih 1,000 kes
Diterbitkan:  Oct 7, 2021 2:29 PM
Dikemaskini: 7:25 AM

Kementerian Kesihatan melaporkan 9,890 kes baru Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 2,313,727 kes.

Semenanjung Malaysia melaporkan 7,657 kes baru atau 77.4 peratus manakala Sabah dan Sarawak mencatat 2,233 kes baru atau 22.6 peratus.

Mengikut perincian data di Semenanjung Malaysia, Lembah Klang meyumbang kepada 1,711 kes baru atau 22.3 peratus manakala negeri-negeri semenanjung lain menyumbang kepada 5,946 kes baru atau 77.7 peratus.

Sarawak merekodkan kes tertinggi hari ini, dengan jumlah 1,413 jangkitan baru. Perlis pula mencatatkan 200 kes iaitu adalah rekod tertinggi dalam 621 hari. Putrajaya dengan 59 kes pula adalah rekod tertinggi dalam 55 hari iaitu sejak 13 Ogos.

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

  • Selangor - 1,402 (686,170)
  • Sarawak - 1,413 (221,042)
  • Sabah - 820 (203,488)
  • Johor - 993 (202,932)
  • WPKL - 250 (187,551)
  • Kedah - 503 (139,052)
  • Pulau Pinang - 721 (135,168)
  • Kelantan - 1,032 (122,535)
  • Perak - 794 (107,163)
  • Negeri Sembilan - 180 (98,444)
  • Pahang - 564 (68,975)
  • Terengganu - 699 (60,384)
  • Melaka - 260 (60,070)
  • WP Labuan - 0 (9,982)
  • WP Putrajaya - 59 (6,349)
  • Perlis - 200 (4,422)

[Berita penuh menyusul]


 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS