Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
20 maut, 40 cedera gempa bumi Pakistan
Diterbitkan:  Oct 7, 2021 10:46 AM
Dikemaskini: 2:46 AM

GLOBAL | Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan lebih 40 yang lain cedera dalam kejadian gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang melanda wilayah Balochistan barat daya Pakistan, lapor Xinhua.

Ketua Pengarah Lembaga Pengurusan Bencana Balochistan, Naseer Nasar pada Khamis berkata korban dilaporkan di daerah Harnai dan gempa menyebabkan beberapa rumah runtuh.

Pasukan penyelamat bergegas ke lokasi terjejas untuk memulakan kerja-kerja menyelamat.

Beliau berkata angka korban mungkin meningkat kerana dipercayai ada mangsa terperangkap di bawah runtuhan.

Menurut media tempatan, mayat dan mangsa yang cedera dihantar ke hospital berdekatan.

Darurat turut diisytiharkan di daerah yang terjejas.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS