Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Inisiatif 'gelembung' mampu beri impak sektor pelancongan di PD - Anwar
Diterbitkan:  Oct 6, 2021 6:25 PM
Dikemaskini: 10:25 AM

Ahli Parlimen Port Dickson Anwar Ibrahim berkata pusat peranginan di bandar itu memerlukan perencanaan khusus bagi pembukaan semula sektor pelancongan domestik.

"Semalam saya telah mengutuskan sepucuk surat kepada Menteri Pelancongan Nancy Shukri bahawa Port Dickson memerlukan perencanaan khusus bagi pembukaan semula sektor pelancongan domestik.

"Inisiatif ‘gelembung’ ini mampu memberi impak yang baik kepada masyarakat sekeliling di kawasan-kawasan pelancongan sekiranya ia dipantau rapi dan bersistem," katanya dalam posting Facebook hari ini.

Dia turut meminta menteri agar mempertimbangkan perencanaan khusus bagi pembukaan semula sektor pelancongan.

"Kita yakin usaha ini mampu memberikan kesan ekonomi yang positif sebagai usaha dan upaya kita mengembalikan kesejahteraan kepada rakyat dalam mempersiapkan negara ke arah fasa pasca kemelut," katanya.

Untuk rekod, Negeri Sembilan menjadi negeri pertama di semenanjung beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 24 September.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS