Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Covid-19 (6 Okt): 117 kematian dilaporkan, jumlah kumulatif kini 26,876
Diterbitkan:  Oct 6, 2021 9:31 AM
Dikemaskini: 1:31 AM

COVID-19 | Sebanyak 117 kematian direkodkan Github kendalian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam, menjadikan jumlah terkumpul korban pandemik itu menjadi 26,876 orang.

Kadar itu menunjukkan peningkatan berbanding 76 orang pada kelmarin.

Daripada kematian baru yang dilaporkan semalam, 13.6 peratus atau 16 orang meninggal dunia sebelum mereka dapat menerima rawatan di hospital.

Sarawak mencatatkan jumlah kematian tertinggi dengan 21 orang, diikuti Johor (19), Perak (14), Selangor (14), Kelantan (11), Sabah (11), Kedah (8), Terengganu (5), Pahang (4), Kuala Lumpur (4), Melaka (2), Perlis (2), Negri Sembilan (1) dan Pulau Pinang (1).

Tidak ada kematian dicatatkan di Labuan atau Putrajaya.

Sehingga semalam, terdapat 135,945 kes Covid-19 yang aktif. Ini adalah pengurangan 23.1 peratus daripada 174,492 kes Covid-19 yang aktif seminggu yang lalu.

Berbanding dengan 30 hari yang lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 46.2 peratus daripada 252.668.

Semalam KKM menyatakan sebanyak 8,817 kes baru dikesan.

Setakat ini ada 956 kluster masih aktif termasuk 14 yang baru dilaporkan semalam.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS