Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Taikun harta tanah ditemukan mati di Pulau Pinang
Diterbitkan:  Oct 5, 2021 12:55 PM
Dikemaskini: 7:19 AM

Seorang taikun harta tanah yang terkenal dengan projek pembangunan utama di Pulau Pinang telah ditemukan mati.

Ahli perniagaan berusia 53 tahun itu dipercayai meninggal dunia akibat terjatuh dari unit kondominiumnya di Jalan Kelawai, di George Town hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong dipetik oleh akhbar berbahasa Inggeris, The Star sebagai mengesahkan kejadian itu.

Katanya, polis akan mengeluarkan kenyataan mengenai kejadian berkenaan.

Bernama pula memetik Soffian sebagai berkata lelaki berusia 53 tahun dan terlibat dalam sektor hartanah itu disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialaminya. 

"Buat masa ini saya hanya boleh sahkan memang ada kes seorang individu mati jatuh bangunan di Jalan Kelawai dan mangsa mati di tempat kejadian. Kes masih dalam siasatan," katanya

Projek ahli perniagaan itu pertama kali dibangkitkan semasa perbicaraan terowong dasar laut membabitkan bekas ketua menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng pada bulan Julai lalu.

Semasa perbicaraan, pihak pembelaan membantah usaha peguam pendakwaan yang menimbulkan projek tersebut, dengan alasan ia tidak relevan dengan pertuduhan terhadap Lim.

Terdahulu tular menerusi media sosial mendakwa seorang lelaki yang dikatakan bergelar Datuk dan saksi kes rasuah berhubung projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang, ditemukan mati dipercayai akibat terjatuh dari kondominiumnya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS