Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
AMK gesa kerajaan segera gubal RUU antidiskriminasi kaum
Diterbitkan:  Oct 4, 2021 4:00 PM
Dikemaskini: 8:00 AM

Susulan komen berbaur perkauman terhadap pemain badminton negara, S Kisona, Pemuda PKR (AMK) hari ini menggesa kerajaan segera menggubal Rang Undang-undang (RUU) bagi mengatasi isu diskriminasi dan perkauman di negara ini.

Naib Ketua AMK Thiban Subbramaniam berkata,  RUU khusus boleh digubal bagi mengatasi perkara itu tanpa menggunakan Akta Hasutan yang seringkali dilihat sebagai senjata politik

"Saya menggesa Kementerian Perpaduan Negara dan Menteri Undang-Undang mengkaji semula cadangan memperkenalkan satu rang undang-undang spesifik yang membolehkan kerajaan bertindak terhadap mana-mana pihak yang menggunakan isu-isu sensitif untuk memecahbelahkan perpaduan nasional.

"Sebelum ini pernah ada usaha untuk memperkenalkan Akta Keharmonian Nasional bagi menggantikan Akta Hasutan namun ia menjadi sekadar kenyataan polemik. Usaha meratifikasi ICERD pula gagal kerana ia dilihat sebagai satu ancaman dan tidak sesuai dengan amalan di Malaysia.

"Namun, kerajaan boleh memperkenalkan satu akta mengikut acuan kita sendiri yang mampu memperincikan tindakan undang-undang bagi mengatasi masalah isu hina agama, kaum, diskriminasi berdasarkan agama, kaum dan warna kulit yang semakin menjadi-jadi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bekas naib ketua Bersatu bahagian Pasir Putih, Borhanudin Che Rahim baru-baru menerima kritikan selepas melemparkan kenyataan berbaur perkauman terhadap Kisona ketika pemain itu beraksi dalam kempen Piala Sudirman 2021 di Vantaa, Finland.

Selepas menyedari kesilapannya, Borhanudin meletakkan jawatan sebagai ketua Bersatu bahagian Pasir Putih dan memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS