Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Suntikan kosong: Adun tolak penjelasan kerajaan
Diterbitkan:  Oct 4, 2021 1:34 PM
Dikemaskini: 8:07 AM

Kerajaan digesa memperkemaskan prosedur operasi piawai (SOP) susulan insiden seorang remaja diberikan suntikan kosong ketika mendapatkan vaksin Covid-19.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran berkata apa yang berlaku telah menyebabkan kemarahan rakyat Malaysia.

“Jutaan rakyat Malaysia berang selepas melihat video tular seorang budak lelaki disuntik dengan picagari kosong oleh jururawat di pusat vaksinasi.

“Pada peringkat paling asas, ia menimbulkan persoalan kenapa ada lebih daripada satu picagari atas meja di depan jururawat?

“Picagari harus terus dibuang selepas digunakan dan picagari baru patut dibuka satu persatu,” katanya.

Dia juga berkata penjelasan “kesalahan manusia” tidak boleh diterima sama sekali.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali kelmarin berkata petugas kesihatan terlibat telah diberhentikan dan kerajaan memutuskan untuk membenarkan remaja disuntik ditemani ibu bapa atau penjaga.

Petugas itu hanya ditamatkan perkhidmatannya dengan ProtectHealth. Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan, dia masih mempunyai pekerjaan dengan organisasi kesihatan tetapi tidak lagi dibenarkan bekerja di mana-mana PPV.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS