Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes pembunuhan ketua komuniti rohingya, polis tahan empat suspek

Pihak berkuasa Bangladesh menahan empat suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan ketua komuniti Rohingya di Cox’s Bazar, kata polis pada Ahad lapor Agensi Anadolu.

Mereka ditahan di kem pelarian Cox's Bazar antara Jumaat pagi dan Sabtu malam, menurut timbalan penguasa polis daerah Md Rafiqul Islam.

"Siasatan masih berjalan. Kami sangat berhati-hati untuk memastikan bahawa kami dapat tangkap dalang sebenar,” katanya.

Mohibullah, ketua Arakan Rohingya Society for Peace and Human Rights, maut akibat ditembak di luar pejabatnya di kem Kutupalong, Cox's Bazar pada Rabu lalu.

Beliau tokoh popular kepada lebih 1.1 juta pelarian Rohingya di Bangladesh, yang kebanyakannya melarikan diri akibat keganasan tentera di Rakhine, Myanmar pada Ogos 2017.

Pembunuhan beliau turut mendapat kecaman kumpulan hak asasi antarabangsa yang mahu pembunuh Mohibullah segera ditangkap.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS