Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
10,915 kes baru, terendah dalam 76 hari
Diterbitkan:  Oct 2, 2021 4:59 PM
Dikemaskini: 12:34 PM

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 10,915 kes baru Covid-19, menjadikan jangkitan kumulatif menjadi 2,268,499.

Jangkitan baru hari ini adalah yang terendah dalam tempoh 76 hari, sejak 18 Julai.

Di Semenanjung Malaysia, Lembah Klang menyumbang 1,583 atau 19.8 peratus jangkitan baru sementara selebihnya 6,423 kes atau 80.2 peratus berasal dari seluruh negeri semenanjung.

Sarawak menjadi penyumbang kes baru tertinggi dengan 2,121 jangkitan baru. Bagaimanapun, jumlah itu merupakan yang terendah untuk Sarawak dalam tempoh hari.

Kes aktif dan kes kematian yang dilaporkan hari ini hanya akan dikongsi oleh KKM selepas tengah malam.

Jangkitan baru hari ini merangkumi 10,186 rakyat Malaysia (93.3 peratus) dan 729 bukan warganegara (6.7 peratus).

Jumlah pesakit sembuh (15,396) mengatasi jangkitan baru yang diharapkan dapat membantu mengurangkan jumlah kes aktif.

Pesakit di ICU: 888 (832 disahkan; 56 disyaki)

Memerlukan bantuan pernafasan : 484 (354 disahkan; 130 disyaki)

Setakat hari ini, jumlah pesakit Covid-19 (termasuk yang disyaki) di unit rawatan rapi (ICU) adalah 17.0 peratus lebih rendah berbanding seminggu yang lalu.

Pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan juga menurun sebanyak 19.1 peratus berbanding seminggu yang lalu.

Kluster baru

Setakat ini, 1,044 kluster Covid-19 masih aktif, termasuk 10 kluster baru yang dilaporkan hari ini.

Kluster aktif menurun sebanyak 14.0 peratus daripada 1,214 kluster seminggu yang lalu.

Sebanyak 10 kluster baru dikesan hari ini merangkumi empat kluster komuniti, (40.0 peratus), empat kluster tempat kerja (40.0 peratus) dan kluster kumpulan berisiko tinggi (20.0 peratus).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS