Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PKPD di Kg Sungai Padi, Lipis dilanjut hingga 16 Okt - MKN
Diterbitkan:  Oct 1, 2021 10:23 PM
Dikemaskini: 2:23 PM

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Sungai Padi, Lipis, Pahang yang dijadual tamat esok bagaimanapun dilanjutkan hingga 16 Oktober ini, kata Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad.

Dalam kenyataan di laman Facebook, beliau berkata pelanjutan itu dibuat setelah meneliti analisa Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai risiko dan trend penularan jangkitan Covid-19 semasa di lokaliti itu.

Sementara itu, katanya PKPD di Kampung Air, Beluran, Sabah yang bermula 19 Sept lepas pula ditamatkan esok seperti djadualkan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS