Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis rampas telefon saya isu surat Agong - MP Kangar
Diterbitkan:  Oct 1, 2021 5:51 PM
Dikemaskini: 10:09 AM

Anggota parlimen Kangar Amin Ahmad berkata polis merampas telefonnya susulan siasatan kes penyebaran surat Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

“Saya hendak maklum bahawa telefon saya akan diambil oleh Bukit Aman berkaitan sebaran surat YDPA tempoh hari.

“Harap maklum saya tidak dapat dihubungi buat sementara waktu. Terima kasih,” katanya.

Wakil rakyat PKR itu berkata demikian dalam media sosialnya sebentar tadi. Bagaimanapun tiada maklumat lanjut diberikan setakat ini.

Amin pada 70 Julai lalu berkongsi sepucuk warkah bertarikh sehari sebelumnya, yang dikatakan daripada Agong kepada perdana menteri ketika itu Muhyiddin Yassin.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS