Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pemuda PKR desak audit bebas ke atas YWP
Diterbitkan:  Oct 1, 2021 1:55 PM
Dikemaskini: 5:55 AM

Pemuda PKR mendesak Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) diaudit oleh juruaudit bebas selepas terpalit dengan isu penjualan tanah yang dikaitkan dengan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor.

Penjualan tanah oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada YWP didakwa oleh Jabatan Audit Negara sebagai terdapat unsur-unsur percanggahan kepentingan.

Adnan memegang jawatan pengerusi YWP ketika dia merupakan menteri Wilayah Persekutuan dan juga mempunyai pengawasan ke atas DBKL.

Pada masa yang sama, pengarah eksekutif YWP juga memegang jawatan yang sama di syarikat yang kemudian membeli tanah tersebut daripada YWP.

Ketua Pemuda PKR Akmal Nasir berkata perkara itu perlu disiasat.

"Saya mendesak YWP diaudit oleh juruaudit bebas selain di bawa Jawatakuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tengku Adnan menyangkal dakwaan DBKL menjual tanah kepada syarikatnya, Dia sebaliknya berkata syarikat berkenaan, YWP, adalah milik kerajaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS