Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP: Kenapa tawar kompaun pada Ahmad Maslan lepas bawa ke mahkamah?
Diterbitkan:  Sep 30, 2021 10:22 AM
Dikemaskini: 3:27 AM

Ahli Parlimen PKR Sivarasa Rasiah membangkitkan persoalan kenapa tawaran kompaun diberikan kepada setiauasaha agung Umno Ahmad Maslan setelah pendakwaan terhadapnya dibuat.

"Peguam negara kelihatan dikompromi sepenuhnya dalam penarikan semula pendakwaan terhadap Ahmad Maslan.

"Mengapa tawaran kompaun dibuat setelah pendakwaan bermula? Adakah ia untuk membuka jalan kepada Ahmad Maslan menjadi timbalan yang dipertua?" soalnya di Twitter semalam.

Sivarasa 

Terdahulu, Ahmad dinamakan sebagai calon tunggal kerajaan untuk jawatan itu manakala PH menamakan Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming sebagai calon mereka.

Undian sepatutnya dibuat dalam sidang Parlimen tetapi dibatalkan secara tiba-tiba, di tengah kebimbangan ahli parlimen Bersatu tidak akan menyokong Ahmad.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebas dan melepaskan Ahmad daripada pertuduhan tidak mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi pernyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ia ekoran tindakan pendakwaan yang menarik balik kedua-dua tuduhan selepas ahli parlimen Pontian itu setuju membayar kompaun berjumlah RM1.1 juta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan Ahmad pernah ditawarkan kompaun pada Oktober 2019 tetapi memilih untuk dibicarakan.

Namun ketika perbicaraan, kata SPRM, Ahmad telah mengemukakan representasi dan kembali setuju untuk membayar kompaun tersebut.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS