Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kerajaan mahu jual aset GLC tak strategik, keutamaan untuk Bumiputera
Diterbitkan:  Sep 28, 2021 7:51 AM
Dikemaskini: 11:53 PM

Kerajaan berhasrat menjual aset milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GILC) yang dianggap bukan strategik.

Perkara itu dinyatakan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) yang memaklumkan penjualan aset tersebut akan memberi keutamaan kepada usahawan Bumiputra yang berkelayakan.

"Pelaburan GLC dan GLIC akan memberi keutamaan kepada sektor strategik dan penglibatan dalam sektor bukan strategik akan dikurangkan secara berperingkat.

"Penjualan aset yang dimiliki GLC dan GLIC dalam sektor bukan strategik akan diselaras untuk memastikan pelupusan ini memberi keutamaan kepada usahawan dan entiti Bumiputera yang berkelayakan," menurut dokumen RMK12.

Menurut dokumen berkenaan, GLC dan GLIC perlu memperkasa agenda Bumiputera bagi memastikan kelansungan pemilikan ekuiti Bumiputera.

"Program untuk memudah cara penyenaraian lebih banyak PLC Bumiputera akan diperluas dengan menambah baik program sedia ada," katanya.

Ini termasuk kerjasama strategik dengan pelabur asing untuk membantu syarikat bumiputera menjadi pemain global.

Selain itu Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan membantu meningkatkan penyertaan komuniti Bumiputera dalam perkhidmatan perancangan kewangan dan pelaburan digital, selain memperkenal produk unit amanah baru yang mempunyai pelaburan dalam pasaran antarabangsa


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS