Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kerajaan umum terma, syarat RCI Tabung Haji dalam masa terdekat

Kerajaan akan mengumumkan terma dan syarat Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang diwujudkan untuk menyiasat isu-isu yang berbangkit dalam Lembaga Tabung Haji (TH), dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary berkata kerajaan juga sedang mengenal pasti senarai keahlian RCI, yang bakal melibatkan pakar perundangan termasuk dalam bidang syariah.

“Terma dan syarat itu nanti tidak lari dari tujuan penubuhan RCI untuk menyiasat isu-isu berbangkit mengenai TH dari tahun 2014 hingga 2020.

“Kesemua transaksi yang timbul dan berbangkit sama ada di Parlimen atau media sosial mengenai urusan TH yang perlu pada siasatan akan dirungkaikan menerusi RCI tersebut,” katanya.

Dia berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Serahan Sumbangan Qaseh Inspirasi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) di perumahan nelayan Tok Bali, di Pasir Puteh, Kelantan hari ini.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS