Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Siasatan pendakwah terkenal terganggu berikutan penyebaran video, mesej lucah
Diterbitkan:  Sep 24, 2021 1:34 PM
Dikemaskini: 7:25 AM

  • Dikemas kini dengan laporan penuh.

Proses melengkapkan kertas siasatan seorang pendakwah terkenal terganggu berikutan penularan video dan mesej lucah di aplikasi Telegram didakwa bahan bukti melibatkan individu berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata tindakan penyebaran itu telah melambatkan proses melengkapkan siasatan terbabit untuk dirujuk kepada pihak Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

“Seharusnya penyebar video dan mesej yang mendakwa ia sebagai bukti berkait perlu tampil kepada Polis Diraja Malaysia untuk membantu melengkapkan siasatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di Kuala Lumpur hari ini.

Abd Jalil berkata pihaknya akan memanggil mereka yang menyebarkan video dan mesej tular terbabit dalam masa terdekat.

Pada Ogos lepas, satu kertas siasatan telah dibuka berhubung dakwaan gangguan seksual dilakukan pendakwah itu.

PDRM semalam menerusi kenyataan turut memaklumkan, membuka siasatan berhubung penularan video serta mesej lucah tersebut di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

Tangkap layar mesej perbualan di aplikasi media sosial serta video lucah yang didakwa melibatkan seorang pendakwah terkenal itu tular menerusi aplikasi Telegram, sejak beberapa hari lepas.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS