mk-logo
Berita
56 orang politik ditahan langgar SOP sepanjang tempoh PKP
Diterbitkan:  Sep 23, 2021 11:33 AM
Dikemaskini: 6:20 AM

PARLIMEN | Seramai 56 orang ahli politik ditahan pihak berkuasa kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) antara 18 Mac 2020 hingga 25 Ogos lalu.

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin berkata daripada jumlah tersebut 22 kompaun dikeluarkan manakala 25 lagi masih dalam siasatan.

"Lapan kes tiada tindakan lanjut dan satu lagi dituduh di mahkamah," katanya.

Hamzah berkata demikian sebagai menjawab soalan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) yang bertanya mengenai jumlah dan status terkini siasatan ke atas ahli politik yang melanggar SOP sepanjang tempoh PKP di seluruh negara.

"Antaranya dakwaan ada ahli politik (hadir) di majlis makan beramai-ramai, makan di premis kedai makan (dine-in) dan tidak memakai pelitup muka di tempat awam," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS