Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hujan lebat dijangka esok hingga Selasa di Sabah, Labuan
Diterbitkan:  Sep 19, 2021 3:50 PM
Dikemaskini: 7:50 AM

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada iaitu hujan lebat dijangka berlaku di beberapa bahagian di Sabah dan Labuan esok hingga Selasa.

Ketua Pengarah Met Malaysia Muhammad Helmi Abdullah dalam kenyataan yang dikeluarkan tengah hari ini memaklumkan kawasan terlibat di Sabah adalah bahagian pedalaman meliputi Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort, selain bahagian Pantai Barat serta bahagian Kudat.

Beliau berkata seluruh Labuan turut terlibat dengan amaran cuaca itu.

"Angin bertiup dari arah barat dijangka berpotensi membawa hujan lebat dan menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS