Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Suspek mengaku bakar pondok polis sebab tak puas hati polis keluar saman'

Seorang individu yang ditahan semalam mengaku membakar pondok polis di Bachok, Kelantan, kerana tidak puas hati dengan anggota yang mengeluarkan saman.

Perkara itu dinyatakan Ketua Polis Kelantan, CP Shafien Mamat dalam sidang media di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Bachok hari ini.

Shafien berkata, pihaknya berjaya menahan dua suspek berhubung insiden itu dalam dua serbuan berbeza, iaitu pada sekitar jam 3.12 pagi dua hari lalu dan sekitar jam 8.30 pagi semalam.

"Hasil sebuan tersebut, kami telah merampas sebuah motosikal jenis Yamaha 125zr berwarna kuning dan sepasang 'cover set' motosikal jenis yang sama.

"Soal siasat ke atas dua suspek berkenaan telah membawa kepada pengakuan suspek yang terakhir yang ditahan semasa serbuan dilakukan.

"Motif suspek melakukan perbuatan khianat tersebut disebabkan rasa tidak puas hati terhadap pihak anggota pondok yang selalu mengeluarkan saman kepada orang awam ," katanya.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan yang dua suspek berkenaan telah ditahan polis bagi membantu siasatan kes bakar pondok polis di bachok pada Sabtu lalu.

Tindakan salah seorang suspek membakar pondok polis berkenaan berjaya dirakam kamera litar tertutup di kedai berdekatan.

Dalam pada itu, Shafien berkata ujian air kencing ke atas suspek pertama menunjukkan keputusan negatif manakala suspek yang mengaku bersalah didapati positif dadah jenis methaphetamine.

Katanya lagi, kedua-duanya direman selama enam hari bermula semalam.

"Kes disiasat dibawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara selama 14 tahun serta dikenakan denda," katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS