Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MOU PM, PH letak kepentingan rakyat di depan - Wan Saiful
Diterbitkan:  Sep 14, 2021 4:07 PM
Dikemaskini: 8:07 AM

Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) semalam telah meletakkan kepentingan rakyat di hadapan.

Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan berkata selain mengutamakan rakyat, MoU itu juga adalah bagi mengekalkan kestabilan politik dan kerajaan.

“Hari ini kita semua boleh ketepikan dahulu perseteruan politik dan meletakkan kepentingan rakyat di hadapan. Alhamdulillah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, kerajaan dan PH melakar sejarah negara apabila buat pertama kali menandatangani MoU berkenaan yang membentuk satu kerjasama dwipartisan dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia.

Memorandum persefahaman itu mempunyai enam agenda iaitu pemerkasaan pelan Covid-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pembentukan jawatankuasa pemandu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS