Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
53.5 peratus populasi negara lengkap divaksin
Diterbitkan:  Sep 14, 2021 11:36 AM
Dikemaskini: 3:36 AM

Sebanyak 53.5 peratus atau 17,480,766 daripada keseluruhan populasi di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19, setakat semalam.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi perkongsian di laman CovidNow memaklumkan sebanyak 66 peratus atau 21,573,348 pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

“Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 227,147 dos vaksin diberikan semalam menjadikan keseluruhan dos yang diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 38,990,335.

Sementara itu, setakat 11.59 malam 13 Sept, sebanyak 104 kematian sebenar harian Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam dan 309 kes kematian tertunggak.

Perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 21,124 kes.

- Bernama


 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS