Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
KPM bincang dengan JPA tindakan lanjut terhadap guru enggan ambil vaksin

Kementerian Pendidikan sedang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam berhubung tindakan seterusnya terhadap guru yang enggan mengambil vaksin Covid-19.

Menterinya Radzi Jidin berkata, guru yang tidak divaksin - sama ada enggan atau tidak boleh mengambilnya akibat faktor kesihatan - tidak akan dibenarkan mengajar di kelas apabila sekolah kembali dibuka mulai 3 Oktober ini.

"Kita sedang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk tindakan seterusnya bagi mereka (yang enggan ambil vaksin).

"Buat masa ini, kita pastikan mereka tidak akan mengajar di dalam kelas," katanya ketika sidang media di Putrajaya hari ini.

Dalam pada itu, Radzi memaklumkan kira-kira 88.56 peratuas daripada 400,000 guru telah divaksin sepenuhnya.

Sebanyak 97.46 guru telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, katanya lagi.

Selain guru, dia memaklumkan kadar vaksinasi hampir sama di kalangan pegawai tadbir sekolah dan kakitangan sokongan, termasuk pengendali kantin.

[Berita lanjut menyusul]

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS