Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
19,198 kes baru, pecah rekod lebih 5,000 kes di Sarawak
Diterbitkan:  Sep 12, 2021 4:04 PM
Dikemaskini: 12:10 PM

Sebanyak 19,198 kes baru dilaporkan setakat tengah hari ini, menjadikan kes kumulatif 1,979,698 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Sarawak memecahkan rekod kes harian paling tinggi dengan 5,291 kes. Ini selepas seminggu negeri itu mencatat kes harian lebih 3,000 setiap hari.

Kali terakhir Sarawak mencatatkan rekod tertinggi kes harian pada 5 Sept lalu dengan 3,747 kes.

Sementara itu, penggunaan katil ICU di Kedah mencatat 118 peratus (1,257 katil).

Pun begitu, menurut Dr Noor Hisham sebanyak 18,945 kes (98.7 peratus) yang dilapor hari ini terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Jelasnya, hanya 253 kes (1.3 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5.

Status ringkas:

  • Kes sembuh : 20,980 kes (1,721,713 kes kumulatif, 87.0 peratus);
  • Kes baru : 19,198 kes (1,979,698 kes kumulatif);
  • Kes import : 5 kes (2 warganegara; 3 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 19,193 kes [17,428 warganegara (90.8 peratus); 1,765 bukan warganegara (9.2 peratus)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,298 kes (960 kes disahkan Covid-19 ; 338 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 744 kes ( 444 kes disahkan Covid-19 ; 300 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan)
  • Jumlah kluster : 5,121 kluster;
  • Jumlah kluster baru : 34 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 3,681 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,440 kluster.
  • Daripada 19,198 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,
  • 253 kes (1.3 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 18,945 kes (98.7 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

  • Selangor - 2,347 (641,633)
  • WPKL - 376 (180,068)
  • Sabah - 1,717 (173,863)
  • Johor - 2,110 (164,221)
  • Sarawak - 5,291 (156,798)
  • Kedah - 1,256 (117,927)
  • Pulau Pinang - 1,309 (108,262)
  • Negeri Sembilan - 283 (94,467)
  • Kelantan - 1,435 (93,734)
  • Perak - 1,118 (82,655)
  • Melaka - 340 (53,243)
  • Pahang - 584 (51,627)
  • Terengganu - 930 (42,801)
  • WP Labuan - 3 (9,876)
  • WP Putrajaya - 32 (5,732)
  • Perlis - 67 (2,791)

Status terkini Kapasiti & Penggunaan Katil Covid-19, Pemberian Vaksin & Kes Baru Sehingga 12 September 2021:

1) Kapasiti & Penggunaan Katil Covid-19 (Sehingga 11 September 2021, 5pm)

• Penggunaan katil Bukan ICU 75 peratus

• Penggunaan katil ICU 78 peratus

2) Peratus Kumulatif Pemberian Dos Vaksin Covid-19 (Sehingga 11 September 2021, 11:59pm)

• peratus Populasi Keseluruhan - 1 dos 65.2 peratus

• peratus Populasi Keseluruhan - lengkap 52.1 peratus

• peratus Populasi Dewasa - 1 dos 90.9 peratus

• peratus Populasi Dewasa - lengkap 72.7 peratus

3) Bilangan Kes Covid-19 Mengikut Negeri (Sehingga 12 September 2021, 12:00 Tengah Hari)

• Bilangan kes baru 19,198 kes

• Bilangan kes kumulatif 1,979,698 kes


 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS