Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pilihan raya semula lebih berkesan dari akta antilompat parti

Meskipun sentimen umum bersetuju bahawa pengenalan akta baru bagi mengekang tindakan ahli parlimen lompat parti dan pelaksanaan Undi18, ia tidak menjamin membawa kebaikan kepada pengundi.

Penganalisis politik Wong Chin Huat dan Bersih sependapat menganggap sistem pemilihan semula melalui pilihan raya adalah yang terbaik bagi mengekang amalan lompat parti ketika ini.

Katanya, salah satu kelemahan utama undang-undang antilompat parti ialah ia tidak mengambil kira tindakan parti yang membelot seperti dilakukan Bersatu sebelum ini sehingga membawa kepada jatuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mendapat mandat rakyat tahun lalu.

Menurut Wong, walaupun ahli parlimen Bersatu terpilih melalui tiket PKR yang mewakili PH pada PRU ke-14, anggota parlimen terbabit meninggalkan PH untuk membentuk gabungan baru yang dikenali sebagai Perikatan Nasional (PN).

Jika mengikut sistem pilihan raya semula, katanya, kesemua wakil rakyat yang membelot akan dipertanggungjawabkan dengan pelaksanaan pilihan raya kecil.

Sistem pilihan raya semula yang diusulkan itu terdiri daripada tiga bahagian.

Pertama, kempen tandatangan dalam kalangan pengundi berdaftar di kawasan terbabit dengan nilai ambang minimum yang diperlukan untuk memacu fasa berikutnya.

Fasa kedua pula melibatkan pungutan suara sama ada untuk mencalonkan semula ahli parlimen terbabit atau sebaliknya sebelum memasuki fasa ketika iaitu pilihan raya kecil.

Kekangan terbesar untuk pembaharuan yang dicadangkan itu - sama ada melibatkan pelaksanaan undang-undang antilompat parti atau pilihan raya semula - ialah ia mesti disepakati oleh orang yang sama yang membawa masalah tersebut iaitu ahli parlimen yang berpaling tadah berkenaan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS