Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sebuah NGO yang dikenali sebagai Pertubuhan Peneraju Insan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Setiausaha NGO berkenaan, Indrani Selvakumar mendakwa Muhammad Sanusi menganugerahkan projek membangunkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) kepada sebuah syarikat yang dikatakan masih dalam siasatan SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Dia mendakwa syarikat itu disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

"Saya meminta SPRM dan pihak penguatkuasa yang lain segera mengadakan satu siasatan terhadap penganugerahan projek KXP kepada syarikat tersebut.

"Bagaimana, syarikat yang masih dalam siasatan sejak tahun 2017 boleh mendapat projek sebesar itu," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Indrani membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pagi tadi.

Dia turut membuat satu laporan polis di Puchong Jaya semalam berhubung perkara sama.

Menurutnya, pada 7 September, dia menerima sampul melalui pos ke alamat rumahnya yang mengandungi 12 dokumen mengenai siasatan terhadap syarikat itu oleh LHDN.

"Saya telah membuat pengesahan dengan LHDN di mana ke semua dokumen yang terima adalah sahih dan seorang pegawai dari LHDN mengesahkan kepada saya bahawa syarikat itu masih dalam siasatan LHDN dan SPRM di bawah AMLA.

"Saya membuat laporan polis semalam dan kepada SPRM hari ini.

"Persoalannya, kenapa syarikat ini dipilih untuk projek KXP sedangkan mempunyai rekod siasatan di bawah AMLA," tambahnya.

Malaysiakini telah menghubungi Pejabat Menteri Besar Kedah untuk mendapatkan komen.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS