Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Selangor sambut baik kebenaran guna sijil digital Selangkah
Diterbitkan:  Sep 10, 2021 5:10 PM
Dikemaskini: 9:10 AM

Kerajaan Selangor menyambut baik kenyataan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang setuju untuk membenarkan penggunaan sijil vaksinasi aplikasi Selangkah sehingga penerima mendapat sijil digital dalam MySejahtera.

Exco Kesihatan Selangor Dr Siti Mariah Mahmud berkata, keputusan itu merupakan satu bentuk pengiktirafan kepada inisiatif vaksinasi kerajaan negeri.

"Kerajaan negeri melihat keputusan membenarkan penggunaan sijil vaksinasi Selangkah merupakan suatu bentuk pengiktirafan terhadap inisiatif yang dilaksanakan bagi melengkapi kerajaan persekutuan dalam usaha menangani pandemik Covid-19.

"Oleh itu, rakyat Selangor yang masih belum menerima sijil vaksinasi digital MySejahtera kini boleh menggunakan sijil vaksinasi dalam aplikasi Selangkah sebagai dokumen pengesahan bagi keperluan aktiviti harian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Khairy berkata pasukan MySejahtera telah diarahkan untuk menyelesaikan isu sijil digital dalam aplikasi itu dalam masa seminggu.

Menurut Bernama, Khairy berkata arahan itu susulan ada individu yang sudah lengkap divaksin tetapi belum menerima sijil tersebut.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS