Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
21,176 kes baru: 341 lagi kematian, lebih 1,000 di ICU
Diterbitkan:  Sep 10, 2021 3:28 PM
Dikemaskini: Sep 11, 2021 12:16 AM

Sebanyak 21,176 kes baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 1,940,950 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

“Sebanyak 341 kematian turut direkodkan hari ini, menjadikan kumulatif kematian seramai 19,827 orang, 1,310 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) manakala 773 perlukan bantuan alat pernafasan,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan pandemik hari ini.

Penggunaan katil ICU pula, maklum KKM berada di tahap paling tinggi di Kedah (123.1 peratus), Kelantan (95.3 peratus), Pahang (92.4 peratus) dan Pulau Pinang (94.5 peratus).

Sementara itu, kes harian di Sarawak kekal atas 3,000 dengan 3,734 kes, manakala Johor 2,297 kes dan Sabah 2,246 kes.

Selangor pula merekodkan kenaikan dengan 3,595 kes dan Kuala Lumpur 467 kes.

Kes mengikut negeri:

  • Sarawak (3,734)
  • Selangor (3,595)
  • Johor (2,297)
  • Sabah (2,246)
  • Pulau Pinang (1,939)
  • Kedah (1,808)
  • Perak (1,366)
  • Kelantan (1,254)
  • Pahang (853)
  • Terengganu (776)
  • Melaka (485)
  • Kuala Lumpur (467)
  • Negeri Sembilan (252)
  • Perlis (77)
  • Putrajaya (21)
  • Labuan (6)

Status KKM kapasiti katil Covid-19, vaksin:

1) Kapasiti & Penggunaan Katil Covid-19 (Sehingga 9 September 2021, 5pm)

• Penggunaan katil Bukan ICU (kes disahkan Covid-19) 77 peratus

• Penggunaan katil ICU (kes disahkan Covid-19) 82 peratus

2) Peratus Kumulatif Pemberian Dos Vaksin Covid-19 (Sehingga 9 September 2021, 11:59pm)

• peratus Populasi Keseluruhan - 1 dos 64.5 peratus

• peratus Populasi Keseluruhan - lengkap 51.1 peratus

• peratus Populasi Dewasa - 1 dos 90.0 peratus

• peratus Populasi Dewasa - lengkap 71.3 peratus



 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS