Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
19,307 kes: Perlis catat jangkitan tiga angka
Diterbitkan:  Sep 9, 2021 3:22 PM
Dikemaskini: 8:49 AM

Sebanyak 19,307 kes baru Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah terkumpul 1,919,774 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Twitter dan Facebook.

Sarawak buat hari keempat berturut-turut terus merekodkan kes harian melangkaui 3,000 kes dengan 3,118 kes hari ini.

Secara keseluruhan lapan negeri menyaksikan kes empat angka.

Hari ini juga menyaksikan buat pertama kali Perlis mencatatkan peningkat tiga angka pada 108 kes.

Dalam hantaran sama, Dr Noor Hisham turut memaklumkan penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital Covid-19 di seluruh negara setakat hari ini ialah 82 peratus atau 1,292 daripada 1,575 katil, manakala katil bukan ICU ialah 77 peratus (13,778) daripada 17,984.

Penggunaan katil hospital di kebanyakan negeri-negeri semakin berkurangan, tetapi di Kelantan trendnya semakin meningkat.

Lebih 1,000 pesakit Covid-19 kini berada di hospital-hospital di Kelantan dengan 152 pesakit dimasukkan semalam.

Kapasiti katil hospital di negeri ini sekarang adalah pada 111.2 peratus, menurut data Kementerian Kesihatan. Ia adalah yang tertinggi di negara ini.

Berikut pecahan setiap negeri (kumulatif):

  • Sarawak - 3,118 (144,030)
  • Selangor - 2,700 (633,275)
  • Sabah - 2,298 (167,737)
  • Pulau Pinang - 2,243 (103,149)
  • Johor - 2,032 (157,532)
  • Kelantan - 1,438 (89,725)
  • Kedah - 1,355 (113,473)
  • Perak - 1,341 (78,817)
  • Terengganu - 910 (40,142)
  • Pahang - 661 (49,468)
  • Kuala Lumpur - 513 (178,670)
  • Melaka - 340 (51,928)
  • Negeri Sembilan - 207 (93,734)
  • Perlis - 108 (2,574)
  • Labuan - 15 (9,865)
  • Putrajaya - 28 (5,655)

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS