GLOBAL | Kerajaan Afghanistan akan dianggotai kaum wanita pada masa depan, kata jurucakap Taliban Zabihullah Mujahid.
Pada Selasa, Taliban mengumumkan pembentukan kerajaan sementara Afghanistan yang menyaksikan tiada menteri dilantik dalam kalangan wanita, lapor Sputnik.
"Kerajaan ini bersifat sementara. Kami akan menyediakan jawatan buat wanita, tertakluk dengan undang-undang Syariah. Ini adalah permulaan, tetapi kami akan mencari jawatan sesuai buat mereka untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan. Ia akan dibuat pada fasa kedua," kata Mujahid kepada stesen penyiar BFMTV pada Rabu.
Pada Rabu, rakyat Kabul mengadakan tunjuk perasaan di daerah Dashte Barchi, barat Kabul, menuntut penyertaan wanita dalam menganggotai Kabinet.
- Bernama