Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
9,289 pelajar sekolah menengah di Sibu divaksin mulai esok

Pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Bahagian Sibu yang melibatkan seramai 9,289 pelajar sekolah menengah berusia 16 hingga 17 tahun akan bermula esok, kata Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) Bahagian Sibu hari ini.

Menurut jawatankuasa itu dalam satu kenyataan hari ini, pelajar berkenaan adalah dari 33 buah sekolah menengah kebangsaan (SMK), sekolah menengah dan sekolah swasta di bahagian itu yang akan diberi suntikan vaksin Comirnaty (Pfizer-BioNTech).

“Sebanyak tiga buah pusat pemberian vaksin (PPV) statik beroperasi sepanjang PICK ini melibatkan PPV Dewan Suarah Sibu, PPV Dewan Serbaguna Sibu Jaya dan PPV Dewan Pejabat Daerah Kanowit,” kata kenyataan itu.

Selain itu, perkhidmatan PPV Bergerak Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu dan PPV Bergerak Pejabat Kesihatan Daerah Selangau akan beroperasi di SMK Ulu Balingian.

“Pelajar-pelajar yang akan ke PPV untuk mendapatkan suntikan vaksin dinasihatkan agar datang bersama ibu bapa atau penjaga mereka dengan membawa kad pengenalan dan telefon bimbit yang mempunyai aplikasi MySejahtera serta kad kesihatan sekiranya ada,” menurut kenyataan itu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS