Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
18,547 kes: 311 kematian, Sarawak terus gawat
Diterbitkan:  Sep 7, 2021 3:32 PM
Dikemaskini: 2:03 PM

Sebanyak 18,547 kes baru Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah terkumpul 1,880,734 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Kes baru di Lembah Klang terus mencatatkan penurunan walaupun jangkitan di negeri lain agak membimbangkan.

Selangor merekodkan 2,407 kes baru manakala Kuala Lumpur 631. Sarawak buat hari kedua berturut-turut terus merekodkan kes harian melangkaui 3,000 kes dengan 3,200 kes hari ini.

Berikut pecahan setiap negeri (kumulatif):

  • Sarawak - 3,200 (137,812)
  • Selangor - 2,407 (627,586)
  • Johor - 2,174 (153,633)
  • Sabah - 2,107 (163,372)
  • Pulau Pinang - 1,776 (98,432)
  • Kedah - 1,487 (110,554)
  • Kelantan - 1,458 (86,816)
  • Perak - 1,197 (76,157)
  • Pahang - 742 (48,107)
  • Terengganu - 645 (38,328)
  • Kuala Lumpur - 631 (177,620)
  • Melaka - 448 (51,213)
  • Negeri Sembilan - 229 (93,271)
  • Putrajaya - 22 (5,598)
  • Perlis - 20 (2,392)
  • Labuan - 4 (9,843)

Mengenai kapasiti dan penggunaan katil hospital Covid-19, Dr Noor Hisham menerusi perkongsian infografik dalam hantaran berbeza memaklumkan penggunaan katil bukan unit rawatan rapi (ICU) adalah 72 peratus daripada 17,885 katil, manakala penggunaan katil ICU adalah 68 peratus daripada 1,581 katil, setakat 5 petang semalam.

Berdasarkan infografik itu, tiga negeri mencatatkan penggunaan katil bukan ICU melebihi 100 peratus iaitu Johor (111 peratus); Pulau Pinang (102 peratus) dan Perlis (100 peratus).

Bagi penggunaan katil ICU, dua negeri merekodkan penggunaan melebihi 100 peratus iaitu Perak dengan 111 peratus dan Kedah 102 peratus manakala Labuan mencatatkan sifar penggunaan katil ICU.

Berikut status terkini Covid-19

  • Kes sembuh: 18,902
  • Jumlah kes sembuh: 1,609,930
  • Kes baharu positif: 18,547 (18 import)
  • Jumlah positif: 1,880,734
  • Kes kematian: 311
  • Jumlah kes kematian: 18,802
  • Kes dirawat di ICU: 977
  • Bantuan alat pernafasan: 447



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS