Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘Polis ingat saya ada jurus Kage Bunsin No Jutsu macam Naruto?’
Diterbitkan:  Sep 6, 2021 5:36 PM
Dikemaskini: 9:44 AM

Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi berkata dia terkejut apabila menerima notis untuk memberikan keterangan berkaitan protes anggota parlimen terhadap penangguhan Dewan Rakyat pada 2 Ogos.

Katanya, dia langsung tidak berada di lokasi perhimpunan atau terlibat dalam apa-apa perhimpunan, sebaliknya berada di parlimen untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Katanya, dia mendapat notis untuk dirakam percakapan bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah serta diserahkan tawaran kompaun bagi kesalahan menyertai/berada dalam perhimpunan di Dataran Merdeka pada tarikh itu.

Wong dipanggil berbuat demikian pada pagi Rabu ini di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Dalam kenyataan hari ini, Wong berkata, pada hari kejadian dia disekat polis apabila tiba di lingkaran Jalan Tuanku Abdul Halim menuju ke Jalan Parlimen dan dileoncngkan ke jalan alternatif.

Mesyuarat PAC pada 2 Ogos 2021

Justeru, katanya polis jelas dimaklumkan senarai anggota PAC yang perlu hadir di parlimen pada hari tersebut untuk menjalankan tugas.

Parlimen juga, katanya, memuat naik gambar prosiding PAC pada 2 Ogos 2021 di laman web rasmi.

“Namun, amat mengecewakan sekali apabila saya masih diberi notis oleh polis seolah-olahnya ada pihak tertentu telah memberi kenyataan palsu kononnya saya terlibat dalam perhimpunan di Dataran Merdeka

Protes wakil rakyat pembangkang

“Adakah saya kini mempunyai ilmu ‘Kage Bunsin No Jutsu’ dari Naruto untuk mengklon diri saya berada di beberapa tempat pada masa yang sama?” soalnya sinis merujuk kepada anime terkenal Jepun, Naruto.

Justeru, katanya, dia amat kecewa dan keliru dengan siasatan polis.

“Khususnya, pihak polis telah meminta saya hadir di IPD Dang Wangi bagi merakamkan percakapan serta menyerahkan tawaran mengkompaun kepada saya untuk satu ’kesalahan’ yang saya tidak lakukan merupakan satu dakwaan terhadap saya yang langsung tidak masuk akal,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS