Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
20,396 kes baru: Korban keseluruhan lebih 18,000
Diterbitkan:  Sep 5, 2021 4:56 PM
Dikemaskini: 11:33 AM

Sebanyak 20,396 kes baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini, menjadikan keseluruhan jangkitan 1,844,835 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Kali pertama kes di Sarawak melangkaui 3,000 kes dan mencatatkan rekod kes harian dengan 3,747 jangkitan. Terdahulu, kes harian tertinggi di negeri itu dicatatkan pada 2 September lalu dengan 2,992 jangkitan.

Jumlah kes Covid-19 di luar Lembah Klang merangkumi 77.9 peratus kes hari ini, tertinggi sejak lonjakan jangkitan di luar ibu negara.

Kuala Lumpur merekodkan 597 kes baru manakala Selangor 3,886 kes.

Negeri lain yang merekodkan kes harian empat angka termasuklah Johor, Sabah, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan 336 lagi kematian baru dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan korban 18,219 orang.

Seramai 959 pesakit Covid-19 dirawat di ICU dengan 436 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Status ringkas:

  • Jumlah kes sembuh baru: 20,573 kes
  • Jumlah kumulatif kes sembuh: 1,570,827 kes (85.1%)
  • Jumlah kes baru Covid-19: 20,396 kes
  • Jumlah kumulatif: 1,844,835 kes
  • Jumlah kes aktif: 255,789 kes
  • Kes local: 20,388 kes (17,858 WN ; 2,530 BWN)
  • Kes import: 8 kes (6 WN ; 2 BWN)
  • Jumlah kematian baru: 336 kes (274 WN, 62 BWN)
  • Jumlah kumulatif: 18,219 kes (0.99%)
  • Jumlah BID: 107 kes (67 WN; 40 BWN)
  • Jumlah kes sah Covid-19 di ICU: 959 kes
  • Pesakit sah Covid-19 Intubated:436 kes


 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS