Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pekerja di Kompleks Bersepadu Pengerang ditahan

Seorang pekerja kepada kontraktor di Kompleks Bersepadu Pengerang dekat Kota Tinggi ditahan pihak berkuasa berhubung dakwaan palsu kehilangan ramai anggota keluarga disebabkan jangkitan Covid-19.

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menerusi kenyataan memaklumkan pekerja itu turut didakwa menerima sumbangan.

“Kami (Petronas) ingin mengesahkan bahawa seorang pekerja kepada kontraktor di Kompleks Bersepadu Pengerang telah ditahan.

“Kami ingin menekankan bahawa kami tidak memaafkan salah laku oleh mana-mana pekerja dan kontraktor kami, kesemuanya terikat dengan tatakelakuan dan etika perniagaan yang ketat (CoBE) semasa berkhidmat untuk Petronas dan kumpulan syarikat," menurut kenyataan itu.

Semalam, tular mesej menerusi media sosial seorang lelaki pekerja Petronas mendakwa kononnya melalui pelbagai perkara selepas kehilangan anak, isteri, ibu dan adik-beradiknya kerana jangkitan Covid-19.

Mesej itu turut merayu orang ramai menyalur sumbangan atas nama pekerja terbabit.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS