Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Undi18: GPS, pemimpin PH sokong keputusan mahkamah tinggi
Diterbitkan:  Sep 5, 2021 10:04 AM
Dikemaskini: 2:04 AM

Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah menyatakan sokongan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching pada Jumaat lalu yang mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan penurunan had usia mengundi kepada 18 tahun menjelang akhir tahun ini.

Menurut Borneo Post, Abdul Karim juga meminta agar proses dan prosedur supaya golongan muda dapat mendaftar sebagai pengundi dipermudahkan.

"Mereka masih tidak dapat mengundi walaupun mereka telah mencapai usia 18 tahun jika tidak mendaftarkan diri sebagai pemilih," katanya.

Katanya, tindakan lima anak muda dari NGO Undi Sarawak membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi adalah kerana mereka tidak melihat sebarang tindakan diambil oleh SPR berhubung perkara itu.

Karim, yang merupakan wakil rakyat dari parti PBB berkata dia percaya gabungan GPS yang berkuasa di Sarawak akan menyokong sebarang usul di Dewan Rakyat untuk mempermudah perkara itu.

Katanya, ada sesetengah pihak di media sosial menggesa kerajaan supaya untuk tidak memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi itu.

"Kita tidak dapat hentikan sesiapa pun untuk mengemukakan rayuan kerana itu adalah suatu kesalahan, dan mahkamah kita memiliki hierarki sendiri," katanya.

Sementara itu Setiausaha Pakatan Harapan Sarawak, Alan Ling Sie Kiong berkata, dia berharap Kerajaan Persekutuan tidak akan membuat rayuan berhubung keputusan tersebut

"Undi18, menurut saya, akan jadi ujian pertama Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri dan janjinya dalam melaksanakan reformasi institusi," kata Ling.

Dia juga berharap Ismail tidak akan memberi arahan kepada peguam negara untuk membuat rayuan.

"Hakikatnya, SPR tidak ada alasan untuk menangguhkan Undi18 di bawah kerajaan PH sebelum ini, yang merupakan salah satu perubahan sejarah dari sudutb perlembagaan. 

"Ini jelas merupakan titik perubahan dan 'game changer' bagi golongan muda dalam sistem demokrasi kita, ”tambahnya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS