Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Saifuddin gesa gencatan politik untuk tumpu tangani Covid-19

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang Saifuddin Abdullah meneru gencatan politik antara BN/PN dan parti-parti pembangkang untuk memastikan Malaysia dapat menumpukan perhatian membendung wabak Covid-19 dan menghidupkan kembali ekonomi.

"Saya merasakan antara sekarang sehingga pilihan raya umum (PRU) ke-15, kita memerlukan masa untuk bertenang, dan harus ada semacam gencatan politik, antara orang politik," kata menteri luar negeri itu pada sidang media di Wisma Putra hari ini.

"Kita perlu gencatan politik agar kita semua, daripada kerajaan dan pembangkang, ada ketenangan fikiran untuk kita benar-benar menumpukan perhatian kepada kerja-kerja menangani masalah pandemik, dan membangunkan semula ekonomi.

"Dalam waktu bertenang ini pun perlu kita adakan usaha untuk 'reset' sistem. Kita semua mengadu tentang banyak perkara, saya percaya kita perlu 'reset' sistem," tambahnya.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengundang pembangkang untuk menyertai Majlis Pemulihan Negara dan jawatankuasa khas Covid-19.

PH belum membuat keputusan mengenai perkara itu, tetapi Lim mengatakan bahawa DAP akan terbuka untuk mempertimbangkannya.

Rabu lalu, Ismail Sabri mengadakan pertemuan dengan pemimpin PH termasuk ketua pembangkang Anwar Ibrahim. Ismail selepas itu mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah bersetuju untuk memperkuat institusi parlimen.

Pertemuan selama satu jam itu antara lain memberi tumpuan untuk mencari jalan bersama untuk memerangi pandemik Covid-19.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS