Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Liew gesa k'jaan pusat bantu Sabah capai kadar vaksinasi 60 peratus
Diterbitkan:  Sep 1, 2021 4:36 PM
Dikemaskini: 9:22 AM

Pengerusi PKR Sabah Christina Liew mendesak kerajaan persekutuan untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu Sabah mencapai kadar vaksinasi 60 peratus mnenjelang akhir bulan ini.

Gesaan itu hadir ketika dia memuji Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang menekankan bahawa Sabah mempunyai kadar vaksinasi terendah di seluruh negara dan meminta perhatian dan bantuan diberikan kepada negeri tu.

"Kami memuji perdana menteri kerana memberi perhatian terhadap keperluan mendesak Sabah sekarang, yang sudah lama tertangguh.

"(Kami) berharap kerajaan pusat akan mengambil perhatian kata-kata perdana menteri dan melakukan yang sewajarnya agar Sabah juga dapat mencapai sekurang-kurangnya 60 peratus kadar vaksinasi, pada akhir bulan ini.

“Pentadbiran sebelumnya mungkin telah mengabaikan Sabah dalam menguruskan wabak tersebut. Oleh kerana bekalan vaksin Covid-19 yang tidak sama ke Sabah, kami diturunkan ke anak tangga bawah dari kadar vaksinasi, sementara bahagian lain di negara ini seperti Lembah Klang dan Labuan telah mencapai kadar vaksinasi hingga 90 peratus.

"Sekurang-kurangnya, Sabah berhak mendapat penghormatan dan layanan yang sama dan bahagian bantuan ekonomi dan sumber yang setara, sebagai rakan setara Persekutuan Tanah Melayu," kata Liew dalam satu kenyataan hari ini.

Setakat 31 Ogos, Sabah hanya mencapai kadar vaksinasi 40 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk dewasa, menurut Pasukan Petugas Imunisasi Covid-19 (CITF). Negeri itu kini berada di kedudukan terakhir di antara semua negeri.

Tambah Liew, kerajaan persekutuan sekarang harus membuktikan kesungguhannya dalam membantu Sabah dengan menangani masalah negeri ini dan meningkatkan infrastruktur penjagaan kesihatannya.

Tidak dapat dinafikan, katanya lagi, penanganan wabak ini oleh kerajaan telah memperlihatkan kelemahan sistem dan infrastruktur penjagaan kesihatan di Malaysia, khususnya Sabah.

"Ketika pandemik terus mengganas, mencapai perkadaran yang tidak terkawal, ini menunjukkan betapa Malaysia dan Sabah yang tidak siap menghadapi krisis kesihatan besar ini dari perspektif tenaga kerja dan kemudahan.

"Kurangnya kesiapsiagaan menghadapi pandemik yang belum pernah terjadi sebelumnya sebesar ini adalah kekurangan yang sangat ketara di Malaysia pada umumnya, dan Sabah khususnya," kata Liew, yang juga ahli parlimen Tawau.

Dia menyorot bahawa kekurangan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU), katil wad umum, bekalan oksigen, ventilator, perkhidmatan ambulans serta kakitangan perubatan dalam menangani wabak ini menunjukkan kekurangan dalam sistem penjagaan kesihatan.

Jelasnyam, keparahan wabak itu juga ditunjukkan dalam penutupan sementara perkhidmatan klinik pakar di Hospital Queen Elizabeth I pada bulan Julai dan di Hospital Queen Elizabeth II pada bulan Ogos tahun ini, tambahnya.

“Berapa lama keadaan ini berlanjutan dengan mengorbankan pesakit lain seperti pensakit jantung, pesakit buah pinggang, pesakit tulang, barah dan lain-lain?

“Sabah bukan seperti Semenanjung. Mungkin anda boleh menutup atau mengurangkan perkhidmatan pakar di satu atau dua hospital di Lembah Klang kerana terdapat banyak hospital lain di sana, baik awam dan swasta,” kata Liew.

Dilaporkan pada akhir bulan Julai bahawa Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu sedang berdepan jumlah kes Covid-19 yang meningkat, sehingga terpaksa mengubah terowong di hospital menjadi wad Covid-19.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS